LAWATAN TEKNIKAL KE MBSA SEMPENA MESYUARAT MALAYSIA SMART CITY NETWORK (MSCN) TAHUN 2026

LAWATAN TEKNIKAL
LAWATAN TEKNIKAL KE MBSA SEMPENA MESYUARAT MALAYSIA SMART CITY NETWORK (MSCN) TAHUN 2026
3/06/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐏𝐊𝐓 𝐊𝐄 𝐌𝐁𝐒𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐍𝐄𝐓𝐖𝐎𝐑𝐊 (𝐌𝐒𝐂𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima lawatan teknikal daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sempena Mesyuarat Malaysia Smart City Network (MSCN) Tahun 2026 pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat dan demonstrasi pengoperasian Integrasi Sistem Pemantauan Pintar Shah Alam (IRIS) oleh Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat MBSA yang mempamerkan penggunaan teknologi pintar dalam pemantauan serta pengurusan bandar secara bersepadu.

Program diteruskan di Dewan Renantanda, Wisma MBSA dengan pembentangan berkaitan pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar oleh Jabatan Perancangan MBSA serta Sistem Smart AI Traffic Light oleh Jabatan Kejuruteraan MBSA.

Turut hadir, YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, YBrs. TPr. Mohd Rozuwan bin Ab. Llah, Ketua Penolong Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merangkap Ketua Delegasi, YBrs. Puan TPr. Aniza binti Haji Osman, Pengarah Jabatan Perancangan MBSA, Ahli-Ahli Jawatankuasa Malaysia Smart City Network (MSCN) serta wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

Lawatan ini menjadi platform perkongsian amalan terbaik dan inovasi bandar pintar yang dilaksanakan MBSA dalam usaha memperkukuh pembangunan bandar yang lebih cekap, mampan dan berdaya huni selaras dengan aspirasi bandar pintar di peringkat nasional.

#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan​