Sekitar Lawatan Penanda Aras Majlis Perbandaran Sibu ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai kaedah penangkapan anjing serta aktiviti pengurusan kawalan anjing dan kacau ganggu di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Majlis Perbandaran Sibu telah diketuai oleh YBrs. Tuan KR Richard Ting Ping Kiong, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam, Majlis Perbandaran Sibu. Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Encik Muhammad Shakir bin Ameer Mohideen, Ahli Majlis, MBSA. Turut hadir sama Ahli-Ahli Majlis, MBSA; YBrs. Encik Norhisham bin Mohammad, Pengarah Kesihatan Persekitaran serta Pegawai-Pegawai Jabatan Kesihatan Majlis Bandaraya Shah Alam.