Sekitar Lawatan Penanda Aras Majlis Perbandaran Bentong ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai Perlaksanaan Caj Pemajuan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Majlis Perbandaran Bentong telah diketuai oleh YBrs. Sr. Jamiri bin Haji Sainan, Ketua Jabatan Penilaian dan Pengurusan Hartanah, Majlis Perbandaran Bentong. Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Tuan TPr. Ts. Haji Noraznizam Bin Alias, Pemangku Pengarah Perancangan, Jabatan Perancangan. Turut hadir sama Pegawai-Pegawai Jabatan Perancangan, Majlis Bandaraya Shah Alam.