Sekitar Lawatan Penanda Aras Majlis Perbandaran Alor Gajah ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai inisiatif MBSA dalam membangunkan bandar pintar, bandar rendah karbon serta bandar selamat di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Majlis Perbandaran Alor Gajah telah diketuai oleh YBrs. Cir. En. Ghapar bin Ngah, Ketua Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Alor Gajah. Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Puan TPr. Aniza binti Haji Osman, Timbalan Setiausaha Pembangunan, merangkap Pengarah Perancangan MBSA. Turut hadir sama YBrs. Puan Majidah binti Md Ali, Pengarah Landskap; Pegawai-Pegawai Jabatan Perancangan; Jabatan Kebersihan Awam dan Kelestarian Sisa serta Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam.