Sekitar Lawatan Penanda Aras Majlis Bandaraya Pasir Gudang ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai kaedah pelaksanaan serta cara pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah diketuai oleh Puan Nurul Ain Adila binti Sukirman dari Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Pasir Gudang. Lawatan telah disambut baik oleh Puan Wan Suraya Sahabaludin, Ketua Seksyen Kualiti, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA. Turut hadir sama Pegawai-Pegawai Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA.