Sekitar Lawatan Penanda Aras Majlis Agama Islam Selangor ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai pengurusan aduan awam di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Majlis Agama Islam Selangor telah diketuai oleh YBrs. Puan Noormala binti Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Majlis Agama Islam Selangor. Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Puan Zaidah binti Zakaria, Timbalan Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, MBSA. Turut hadir Encik Sazlan Hakeem bin Mazalan, Ketua Seksyen Aduan Awam, Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam serta Pegawai-Pegawai Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam.