Sekitar Lawatan Kerja Delegasi Jepun ke Pusat Integrasi Pintar Shah Alam (IRIS) Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk mendapat nasihat dan pandangan bagi Perancangan Keterlangsungan Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan Kawasan untuk industri di Negeri Selangor sama ada melibatkan pihak berkepentingan industri tempatan, akademik dan juga kerajaan.
Delegasi dari Jepun telah diketuai oleh Dr. Kengo Suzuki, Timbalan Pengarah & Ketua Penyelidik, Social Resilience Division (NIED). Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Tuan Ts. Najhan Pata bin Sairi, Pengurus Pusat Integrasi Pintar Shah Alam (IRIS), MBSA. Turut hadir sama YBrs. Encik Mohd Azhar bin Mohd Daud, Ketua Penolong Setiausaha (Aset/Bencana), Unit Pengurusan Bencana, SUK Selangor; Pegawai-Pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam; Pegawai-Pegawai Bahagian Khidmat Pengurusan, SUK Selangor serta wakil-wakil daripada Majlis Bandaraya Diraja Klang, Invest Selangor, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN dan SSDU Innovation Sdn Bhd.