MBSA : LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM

MBSA : LAWATAN BERMAKLUMAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU KE MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
23/12/2024

Sekitar Lawatan Bermaklumat Majlis Daerah Hulu Terengganu ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi idea produk “Handy Trap” oleh Kumpulan Inovatif dan Kreatif Majlis Daerah Hulu Terengganu kepada Majlis Bandaraya Shah Alam.

Delegasi dari Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Fadli bin Ngah, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Lawatan telah disambut baik oleh YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh, Pemangku Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Turut hadir Encik Mohd Azhar bin Mohd Sharif, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam, Puan Wan Suraya binti Sahabaludin, Ketua Seksyen Kualiti, Pegawai-Pegawai dari Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam serta Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat, Majlis Bandaraya Shah Alam.