Sekitar Lawatan Akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam ke Majlis Bandaraya Shah Alam. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi ilmu mengenai pelaksanaan tranformasi digital dalam organisasi di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Delegasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam telah diketuai oleh Dr. Ros Intan Safinas binti Munir, Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam. Lawatan telah disambut baik oleh Puan Noraziah binti Masara, Pengarah Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat, MBSA. Turut hadir sama Pegawai-Pegawai Jabatan Digital dan Teknologi Maklumat, MBSA.