𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐈𝐊𝐑𝐀𝐑 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐏𝐑𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor pada 26 Mei 2026 (Selasa) bertempat di Dewan Perbandaran, Wisma MBSA.
Sesi ini telah disaksikan oleh KPKPj Mohan A/L Munusamy, Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Negeri Selangor dan diketuai oleh YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar, Datuk Bandar Shah Alam.
Ikrar Bebas Rasuah merupakan deklarasi komitmen MBSA dalam memastikan setiap warga kerja membudayakan integriti, amanah dan tanggungjawab serta menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.
Turut hadir YDH. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling merangkap Orang Besar Daerah Petaling, YBrs. Ahli-Ahli Majlis MBSA, YBrs. Puan Safriah binti Md Adzhar, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, barisan Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian MBSA serta Pengurus-Pengurus Pejabat Cawangan.
Pelaksanaan Ikrar Bebas Rasuah ini juga membuktikan kesungguhan MBSA dalam memperkukuh tadbir urus organisasi yang telus, bersih dan berintegriti menerusi kerjasama strategik bersama pihak SPRM.
#WeLoveShahAlam
#KitaSelangorMajuBersama
#MalaysiaMadani
#PemacuKemajuan
#PenerajuKecemerlangan