MBSA : MENDAPAT TEMPAT KETIGA BAGI PERTANDINGAN PAVILION TERBAIK

MBSA : MENDAPAT TEMPAT KETIGA BAGI PERTANDINGAN PAVILION TERBAIK
17/11/2024

Sekitar Festival Makanan Warisan Selangor Pantai Bagan Lalang. Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor berkenan mencemar duli merasmikan Festival Makanan Warisan Selangor di Pantai Bagan Lalang anjuran Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan dengan kerjasama Perbadanan Adat dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Terdapat 12 Pavilion menghidangkan pelbagai jenis makanan warisan Selangor yang terdiri daripada pihak berkuasa tempatan di Negeri Selangor. MBSA mendapat Tempat Ketiga bagi Pertandingan Pavilion Terbaik dengan menyajikan Nasi Ambeng, Cendol dan Putu Mayam.

Turut hadir sama YBhg. Datin Seri Masdiana binti Mohamad, Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor; YB. Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam; YBrs. Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Pembangunan Komuniti, MBSA; Pengarah-Pengarah Jabatan serta Pegawai-Pegawai Jabatan Pembangunan Komuniti, MBSA.

Untuk makluman, Festival Makanan Warisan Selangor telah diiktiraf ‘The Malaysia Book Of Records’ dengan penyertaan paling ramai menikmati hidangan Punten secara serentak.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat !