Sekitar program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Edisi Februari 2026 yang telah diadakan pada 8 Februari 2026 (Ahad) bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Seksyen 14. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan pada kali ini seperti Larian ‘Cancer Awareness Run’ oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Larian Rakan Litar oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, MARA Fun Run, Larian Orang Kurang Upaya (OKU),kayuhan santai, senamrobik, Bazar Belia Shah Alam, aktiviti kraf oleh Galeri Shah Alam dan persembahan kombo MBSA.
Acara pelepasan peserta larian telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor bersama YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam.
Pada masa yang sama, turut diadakan Majlis Pelancaran Sukarelawan SUKMA & PARA SUKMA XXII Selangor 2026. Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato' Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir, Y.B. Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), YBhg. Dato’ Haji Mohd Fauzi bin Haji Mohd Yatim, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk-Datuk Bandar dan Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor, YBrs. Ahli-Ahli Majlis dan Pengurusan Tertinggi MBSA.