SEKITAR PROGRAM MEGGI BUBUR LAMBUK 2026 ANJURAN NESTLÉ MALAYSIA

bubur lambuk
SEKITAR PROGRAM MEGGI BUBUR LAMBUK 2026 ANJURAN NESTLÉ MALAYSIA
26/02/2026
Sekitar Program Meggi Bubur Lambuk 2026 anjuran Nestlé Malaysia yang telah diadakan pada 25 Februari 2026 bertempat di Wisma MBSA.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Ramu A/L Nadarajan, Ahli Majlis MBSA, serta YBrs. Encik Mohd Fauzi Aziz bin Maamor, Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA bersama warga kerja MBSA. Sebanyak 1,200 pek bubur lambuk telah diedarkan kepada warga kerja terawal sebagai simbol kebersamaan dan semangat muafakat.

Inisiatif kolaborasi bersama Nestlé Malaysia ini merupakan tanda penghargaan kepada warga kerja MBSA di samping memperkukuh hubungan strategik antara pihak MBSA dan rakan korporat.
MBSA sentiasa komited dalam menyokong program yang memupuk semangat kebersamaan  dalam kalangan warga kerja selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam yang progresif dan prihatin.