Page 13 - Jendela Dinamik Shah Alam 2
P. 13
PENGENALAN KEPADA KRITERIA
‘TOTAL QuALITy fAST TRACK MODEL (TQfTM) –
KE ARAH PENGIKTIRAfAN TQM SIRIM
MBSA sejak penjenamaan semula penyataan korporatnya pada Oktober 2011, telah
mengambil inisiatif untuk memasuki Program Amalan Kualiti Menyeluruh (TQM) ke arah
pengiktirafan TQ fTM dari SIRIM INTERNATIONAL QAS. sehingga mei 2012, pihak sirim
telah menjalankan beberapa sesi pengauditan untuk melihat dan menganalisis jurang
untuk penambahbaikan ke arah TQ fTM.
Majlis dengan kerjasama SIRIM Training Services Sdn. Bhd. telah menganjurkan
Bengkel Pengenalan Kepada Kriteria ‘Total Quality fast Track Model (TQ fTM) – Ke Arah
Pengiktirafan TQM SIRIM. Pelaksanaan model ini adalah untuk membantu organisasi
secara berperingkat dalam pelaksanaan program ke arah meningkatkan daya saing dan
menjamin kelestarian organisasi di masa hadapan.
“Total Quality Management” adalah falsafah pengurusan dan amalan organisasi yang
bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber manusia dan bahan sesebuah
organisasi dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai objektif organisasi.
“Total Quality fast Track Model” (TQ fTM) pula adalah model pelaksanaan yang
menyediakan langkah demi langkah peluang penambahbaikan untuk organisasi
yang menjurus kepada penambahbaikan yang berterusan, organisasi yang ‘lean’ dan
cemerlang. Setiap langkah penambahbaikan boleh diukur samada melalui penilaian
kendiri, pensijilan atau penglibatan dalam anugerah dan konvensyen di peringkat Negara
atau luar Negara.
PROGRAM PEMBANGuNAN LATIHAN
Strategi pembangunan warga kerja Majlis perlu disejajarkan dengan objektif dan aspirasi
MBSA. Ianya dapat dilaksanakan dengan memastikan setiap kakitangan mengetahui dan
memahami harapan Majlis terhadap semua warga kerjanya; serta mempunyai kemahiran
yang diperlukan dan secara berterusan dalam meningkatkan kemahiran masing-masing.
Pelan Operasi Latihan (POL) digubal selari dengan matlamat dan Pelan Startegik Sumber
Manusia, untuk menghasilkan warga kerja yang cemerlang dan dinamik. Setiap tahun,
pegawai dan kakitangan mestialh menghadiri sekurang-kurangnya satu latihan samada
dalam bentuk kursus, seminar ataupun bengkel, tidak kurang dari 7 hari berkursus
setahun. Setiap pegawai dan kakitanagan telah diberi kadar kursus melalui belanjawan
Jendela Dinamik / Dynamic Vision (Jld./Vol. 2) SHAH ALAM | 13