Page 18 - Jendela Dinamik Shah Alam 2
P. 18
SHAH ALAM TREES FOR LIFE


Pada tahun 2012, program ini disertai lebih dari 2,315 sukarelawan, antaranya pelajar-
pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi. Program ini juga memberi peluang kepada
badan – badan swasta bagi menjalankan tanggungjawab sosial mereka terhadap komuniti.
Program seperti ini melibatkan semua pihak tidak kira usia, mahupun latar belakang. Antara
peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada Persatuan Sathya Sai Baba, Kelab Lion,
International School, MSU, UNISEL, UiTM, TAYLOR’S COLLEGE, Jabatan Pertanian Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Institut
Landskap Arkitek Malaysia dan sekolah – sekolah yang terpilh.

Lebih dari 14,415 batang pokok telah ditanam sepanjang tahun 2012, yang terdiri dari pelbagai
jenis, antaranya pokok Manggis, pokok Palma, pokok Jambu Laut, pokok Cempedak, pokok
Rambutan dan sebagainya. Satu seminar berkaitan juga telah dijalankan bagi melatih ketua
kumpulan sukarelawan yang menyertai program penanaman pokok. Selain itu, seminar
juga dijalankan bertujuan memperkenalkan program ini kepada badan – badan korporat
tentang peluang ‘corporate social responsibility’ (CSR) kepada masyarakat dan alam sekitar,
terutamanya di Shah Alam.


Majlis selaku pihak yang menjayakan program Shah Alam Trees for Life, juga telah
memanjangkan lagi usaha dalam menjalankan tanggungjawab bersama terhadap alam
sekitar dengan program – program berkonsep hijau. Bagi tahun ini, Shah Alam Trees For
Life 2013, menggalakkan penyertaan golongan korporat dan organisasi luar dalam usaha
membantu memulihara dan memelihara kehidupan flora dan fauna.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23