Page 19 - Jendela Dinamik Shah Alam 2
P. 19
Cempedak, pokok Rambutan dan sebagainya. Satu seminar berkaitan juga telah
dijalankan bagi melatih ketua kumpulan sukarelawan yang menyertai program
penanaman pokok. Selain itu, seminar juga dijalankan bertujuan memperkenalkan
program ini kepada badan – badan korporat tentang peluang ‘corporate social
responsibility’ (CSR) kepada masyarakat dan alam sekitar, terutamanya di Shah Alam.
Majlis selaku pihak yang menjayakan program Shah Alam Rivers and Trees for Life, juga
telah memanjangkan lagi usaha dalam menjalankan tanggungjawab bersama terhadap
alam sekitar dengan program – program berkonsep hijau. Bagi tahun ini, Shah Alam Trees
for Life 2013, menggalakkan penyertaan golongan korporat dan organisasi luar dalam
usaha membantu memulihara dan memelihara kehidupan flora dan fauna.



LALuAN BERBASIKAL uNTuK TuJuAN RIADAH
wARGA KOTA SHAH ALAM



Selaras dengan usaha pihak Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA)untuk melahirkan
masyarakat yang sihat dan cergas melalui aktiviti berbasikal, pihak MBSA telah membina
laluan berbasikal dengan jarak 2km sekitar laluan hijau Seksyen 4. Laluan Basikal ini
merupakan inisiatif sihat pihak MBSA bertujuan untuk mewujudkan aktiviti gaya hidup
sihat dan cergas di kalangan masyarakat serta melaksanakanlebih banyak aktiviti rekreasi
danriadah untuk orang ramai khususnya di kalangan warga Shah Alam.

Laluan ini juga sebagai platform untuk menyediakanlaluan basikal yang lebih
bersistematikdan selamat memandangkecenderungan masyarakat masa kini khususnya
warga Shah Alam yang gemar mengadakan aktiviti berbasikal untuk tujuan aktiviti
rekreasi dan riadah bersama keluarga.

Laluan berbasikal yang mula dibina pada bulan Julai 2012 siap dibina pada bulan
Disember 2012 selebar 8 kaki dan dilengkapi dengan laluan berbasikal yang telah diturap,
mempunyai papan tanda penerangan tentang trek laluan, papan tanda keselamatan,
wakaf dan ramp, road crossing dan juga peralatan permainan.

Pembinaan laluan berbasikal ini merupakan usaha pihak MBSA untuk menjayakan
inisiatif “park connectors” di kawasan pusat bandar Shah Alam dan kawasan hijau yang
berhampiran. Pembinaan laluan berbasikal di kawasan Seksyen 4 ini akan menjadi projek
perintis bagi pembangunan “park connectors” di kawasan pusat bandar yang seterusnya
dapat menghubungkan kawasan-kawasan hijau di kawasan Shah Alam.

Sehubungan itu, pihak Majlis mengalakkan orang ramai untuk menggunakan laluan
berbasikal ini untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga kerana kemudahan ini


Jendela Dinamik / Dynamic Vision (Jld./Vol. 2) SHAH ALAM | 19
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24