Page 23 - Jendela Dinamik Shah Alam 2
P. 23
PERANCANGAN STRATEGIK MBSA 2010 – 2015


Pelan Perancangan Strategik MBSA 2010 – 2015 digubal dengan mengambil-kira segala
keperluan untuk memenuhi objektif pembangunan dan hala tuju negeri Selangor iaitu
menjadikan Selangor negeri idaman, maju dan sejahtera.

Pelaksanaan Pelan Strategik ini memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan
bandar raya Shah Alam agar mencapai ciri-ciri kecemerlangan berikut :
i) Perkhidmatan bandar yang berkualiti tinggi, cekap dan proaktif kepada komuniti;
ii) Komuniti y ang selamat, aktif, berketerlibatan dengan kejiranan yang
menggembirakan;
iii) Penyelenggaraan alam sekitar yang segar, sihat, sejahtera, menarik dan lestari;
iv) Infrastruktur dan peluang-peluang perniagaan yang amat menggalakkan;
v) Sistem perhubungan yang selamat, lancar dan selesa;
vi) Ekonomi y ang kukuh dan berdaya saing dan
vii) Pentadbiran bandar raya yang profesional, telus, beramanah, responsif dan berinovasi.



PENuTuP



Diharapkan melalui penerbitan Album ulang Tahun Pertama Datuk Bandar Shah Alam
Ke-6 Jilid 2 ini akan memberi lebih informasi dan maklumat tambahan untuk dijadikan
sebagai sumber rujukan bagi program-program tahunan Majlis Bandaraya Shah Alam
bagi tahun 2012.


Alhamdulillah, setelah dua (2) tahun pentadbiran sebagai Datuk Bandar Shah Alam, saya
yakin, dengan gabungan kemahiran dan pengetahuan yang ada pada Ahli-ahli Majlis
MBSA, pihak pengurusan dan seluruh warga kerja MBSA, dapat membantu saya untuk
terus memacu hala-tuju MBSA dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dihadapi pada
masakini. Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa pelantikan ini merupakan satu
penghormatan dan amanah yang harus dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan
sepenuh hati.
















Jendela Dinamik / Dynamic Vision (Jld./Vol. 2) SHAH ALAM | 23
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28