Page 25 - Jendela Dinamik Shah Alam 2
P. 25
Sepanjang tempoh tahun kedua ini juga diharapkan saya telah dapat merapatkan jurang
di antara Kerajaan dan masyarakat; meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan
demi mencapai Visi, Misi dan aspirasi Majlis dan juga Kerajaan Negeri; mempereratkan
lagi kerjasama dan jaringan komunikasi bersama penduduk setempat , dan seterusnya
memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan efektif demi untuk kebaikan
masyarakat. Apatah lagi dengan peningkatan taraf hidup dan perkembangan teknologi
masa kini, yang mana telah meningkatkan kesedaran di kalangan warga Shah Alam
sebagai golongan pembayar cukai atau stake-holders yang sentiasa mahukan dan
dahagakan perkhidmatan yang terbaik dan konsisten daripada Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT).


Saya pasti, jika kecemerlangan pencapaian ini dapat diteruskan, maka MBSA akan muncul
sebagai sebuah PBT yang cemerlang dan unggul di negeri Selangor dan Malaysia.

Bersama Ke Arah Kegemilangan


Sekian, wassalam.



DATO’ HJ. MOHD JAAFAR BIn HJ. MOHD ATAn,
DPMS, PPT, PSK, BKT, AMN, PJK
Datuk Bandar Shah Alam



































Jendela Dinamik / Dynamic Vision (Jld./Vol. 2) SHAH ALAM | 25
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30