Page 11 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 11
VII) Kelulusan 1 hari bagi permit binaan sementara (kedai/partition/shed/awning, dll.);
VIII) Kelulusan 1 hari bagi permit binaan tambahan pindaan rumah.


PENgIKTIRAfAN PROgRAM KuALITI


I) Anugerah Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Selangor – Tempat Ketiga
Kategori Pengurusan;
II) Anugerah Pengurusan Pejabat dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Tahun 2011;
III) MS ISO 9001:2008 – tamat persijilan pada 20 September 2014;
IV) Amalan Persekitaran Berkualiti (QE-5S) – tamat persijilan pada 2 Mei 2012.


PENgENALAN KEPADA KRITERIA ‘TOTAL QuALITy fAST

TRACK MODEL’ (TQfTM) – KE ARAH PENgIKTIRAfAN TQM
SIRIM


MBSA sejak penjenamaan semula penyataan korporatnya pada 12 Oktober 2011, telah
mengambil inisiatif untuk memasuki Program Amalan Kualiti Menyeluruh (TQM) ke
arah pengiktirafan TQfTM dari SIRIM INTERNATIONAL QAS. sehingga mei 2012, pihak
sirim telah menjalankan beberapa sesi pengauditan untuk melihat dan menganalisis
jurang untuk penambahbaikan ke arah TQfTM.

Majlis dengan kerjasama SIRIM Training Services Sdn. Bhd. telah menganjurkan
Bengkel Pengenalan Kepada Kriteria ‘Total Quality fast Track Model (TQfTM) – Ke Arah
Pengiktirafan TQM SIRIM. Pelaksanaan model ini adalah untuk membantu organisasi
secara berperingkat dalam pelaksanaan program ke arah meningkatkan daya saing
dan menjamin kelestarian organisasi di masa hadapan.


“Total Quality Management” adalah falsafah pengurusan dan amalan organisasi yang
bertujuan untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber manusia dan bahan sesebuah
organisasi dengan cara yang paling berkesan bagi mencapai objektif organisasi.

“Total Quality fast Track Model” (TQfTM) pula adalah model pelaksanaan yang
menyediakan langkah demi langkah peluang penambahbaikan untuk organisasi
yang menjurus kepada penambahbaikan yang berterusan, organisasi yang ‘lean’ dan
cemerlang. Setiap langkah penambahbaikan boleh diukur samada melalui penilaian
kendiri, pensijilan atau penglibatan dalam anugerah dan konvensyen di peringkat
Negara atau luar Negara.





Jendela Dinamik SHAH ALAM | 11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16