Page 6 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 6
IV. Melalui program Bidang Keberhasilan Utama negara atau NKRA (National
Key Result Areas) yang merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk memenuhi
keperluan rakyat, projek perhentian bas yang dihasilkan oleh MBSA telah
mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengangkutan Malaysia. Keputusan
Mesyuarat NKRA yang telah diadakan pada 18 Mei 2012 telah memilih rekabentuk
perhentian bas di Shah Alam untuk dijadikan sebagai standard design, untuk
digunapakai di seluruh Malaysia.

Justeru itu, sukacita untuk saya menyatakan di sini bahawa, warga MBSA melakukan
segala yang termampu, berinisiatif dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan
pencapaian dan pengiktirafan ini, di samping meningkatkan pencapaian ke peringkat
lebih tinggi.


PERANCANgAN STRATEgIK MBSA 2010 – 2015


Pelan Perancangan Strategik MBSA 2010 – 2015 digubal dengan mengambil-kira
segala keperluan untuk memenuhi objektif pembangunan dan hala tuju negeri
Selangor iaitu menjadikan Selangor negeri idaman, maju dan sejahtera.


Pelaksanaan Pelan Strategik ini memberi tumpuan kepada keperluan pembangunan
bandar raya Shah Alam agar mencapai ciri-ciri kecemerlangan berikut :

i) Perkhidmatan bandar yang berkualiti tinggi, cekap dan proaktif kepada komuniti;
ii) Komuniti yang selamat, aktif, berketerlibatan dengan kejiranan yang
menggembirakan;
iii) Penyelenggaraan alam sekitar yang segar, sihat, sejahtera, menarik dan lestari;
iv) Infrastruktur dan peluang-peluang perniagaan yang amat menggalakkan;
v) Sistem perhubungan yang selamat, lancar dan selesa;
vi) Ekonomi yang kukuh dan berdaya saing dan
vii) Pentadbiran bandar raya yang profesional, telus, beramanah, responsif dan
berinovasi.

PENJENAMAAN SEMuLA PENyATAAN KORPORAT MBSA



Bagi memastikan keseimbangan dan akauntabiliti pihak pengurusan dan warga kerja,
serta bagi menjaga kepentingan pihak stake-holders dan pelanggan, maka Majlis telah
melaksanakan penjenamaan semula penyataan korporat. Penjenamaan semula ini
dilaksanakan melalui empat (4) peringkat :
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11