Page 10 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 10
PEREKAyASAAN PROSES KERJA (BPR)
BPR yang dilaksanakan di peringkat MBSA merupakan satu perubahan asas pemikiran
dan rekabentuk dan prosedur kerja secara radikal bagi meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Ia melibatkan perubahan budaya kerja
di semua peringkat proses dan prosedur kerja bagi mencapai prestasi yang lebih
tinggi dari aspek kos, kualiti, perkhidmatan dan masa. Berikut adalah antara BPR yang
dilaksanakan di peringkat MBSA:
I) Kelulusan 1 jam bagi lesen perniagaan untuk aktiviti yang tidak berisiko;
Huraian projek: Bagi proses penambah-baikan dalam pengeluaran lesen, inisiatif
pelaksanaan pengeluaran lesen perniagaan yang boleh diproses serta-merta,
dalam tempoh 1 jam bekerja telah memudahkan urusan permohonan lesen dari
para pelabur dalam dan luar negara. Lesen 1 jam ini ternyata memudahkan orang
ramai dalam permohonan lesen perniagaan, dan dikeluarkan berdasarkan kaedah-
kaedah berikut:
i. Mengeluarkan lesen 1 jam bagi aktiviti yang tidak berisiko;
ii. Premis perniagaan hendaklah mempunyai Sijil Layak Menduduki Bangunan (Cf)
atau (CCC);
iii. Hanya permohonan lengkap sahaja yang akan diproses dan dikeluarkan dalam
tempoh 1 jam;
iv. Pemegang lesen hendaklah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
dalam tempoh 2 bulan dari tarikh kelulusan;
v. Pemeriksaan premis yang telah dilesenkan akan dibuat selepas tempoh 2
minggu lesen dikeluarkan bagi memastikan syarat-syarat Majlis dipatuhi.
Sekiranya peniaga gagal mematuhi syarat, Majlis boleh mengeluarkan kompaun
atau membatalkan lesen.
Setakat ini terdapat 80 jenis aktiviti yang boleh dilesenkan serta-merta, antaranya,
kedai pakaian, kedai gambar, kedai dobi, kedai runcit, kedai kasut, kedai alat tulis,
pasar mini, pusat latihan golf, kedai perkhidmatan telekomunikasi, kedai gunting,
dan sebagainya.
II) Tempoh kelulusan permohonan pelan pembayaran dipendekkan :
III) OSC On-line kemuka permohonan pemajuan atas talian;
IV) Tempoh kelulusan Pelan Bangunan dalam tempoh 30 hari;
V) Kelulusan lain-lain permohonan pemajuan 40 hari;
VI) Kerjasama dengan JPJ untuk sekatan Lesen Kenderaan Motor untuk kompaun
kenderaan Majlis;