Page 14 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 14
usaha penambahbaikan dan penaiktarafan ini juga bermaksud, pihak Majlis
akan mengemaskini sistem aduan dan segala kelengkapan serta keperluan bagi
mewujudkan bilik aduan setempat ini, termasuk dari aspek penempatan kakitangan
secara khusus.
PEMBANguNAN ICT DI MBSA
Pembangunan program ICT amat dititikberatkan sejajar dengan arus teknologi
yang berkembang pesat dan untuk merealisasikan salah satu objektif MBSA
iaitu Membudayakan Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Semua urusan
Perkhidmatan. Transformasi sistem aplikasi ICT sedia ada telah dilakukan dengan
beralih kepada aplikas berasaskan web, bagi membolehkan capaian kepada
maklumat dan perkhidmatan MBSA dibuat pada bila-bila masa dan dari mana jua.
Bagi memantapkan tahap perkhidmatan, MBSA juga sedang memperkasakan ‘mobile
application’ dan aplikasi gIS sedia ada, khususnya dalam pengurusan perancangan
dan pembangunan. Inisiatif ‘green It’ juga diberi penekanan dengan perlaksanaan
secara berperingkat inisiatif ‘paperless’ seperti ‘MyMeeting’. Di samping itu, bagi
memperkasa pengurusan MBSA, beberapa sistem yang berkaitan telah dibangunkan
secara ‘in-house’. Antara sistem-sistem yang telah dan sedang dibangunkan adalah
seperti e-KPI (system pengukuran prestasi), e-Selenggara (sistem penyelenggaraan),
e-Klinik (sistem bil-bil rawatan), e-Latihan (sistem latihan kakitangan), dan e-Kerjaya
(sistem permohonan pekerjaan MBSA).
Portal MBSA juga telah berjaya mengekalkan penarafan 5 bintang bagi Penilaian
Portal dan Laman web Kerajaan Malaysia Anjuran MDEC 2011. Pencapaian
prestasi portal MBSA telah meningkat pada kedudukan ke 8 dengan markah 96%.
Penyampaian perkhidmatan yang lebih mudah, cepat dan telus adalah salah satu
objektif MBSA kepada pelanggan. Bagi tujuan tersebut, saluran perkhidmatan telah
dipelbagaikan dengan menambah perkhidmatan secara talian (online services – e-PS).
Antara perkhidmatan sistem atas talian yang disediakan ialah e-Bayaran, e-Aduan,
e-Borang, e-Kompaun, Sistem penjualan dokumen tender dan sebutharga, OSC
Online dan e-Cukai.
PELAKSANAAN PROgRAM BANDAR SELAMAT 2011
Bagi memantapkan NKRA Pengurangan Jenayah 2011, sejumlah peruntukan sebanyak
RM1 Juta telah disalurkan kepada Majlis daripada pihak Kementerian Dalam Negeri
bagi aktiviti Program Bandar Selamat seperti projek pengcahayaan; pengasingan
laluan pejalan kaki (pemasangan ‘railing’) dan pemasangan cermin keselamatan.