Page 13 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 13
Proses cabutan kerja-kerja undi
- Notis kerja undi akan diiklankan dilaman web MBSA dan papan kenyataan
Bahagian Tender & Kontrak sekurang-kurangnya 2 hari sebelum cabutan dilakukan.
- Terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh kontraktor yang disertakan dengan
notis kerja undi yang diiklankan. Kontraktor perlu sentiasa menyemak syarat-syarat
yang telah ditetapkan ini dari semasa ke semasa.
- Kontraktor yang berminat dikehendaki hadir ke tempat pendaftaran dengan
membawa salinan asal PKK Kelas f, CIDB serta kad pengenalan dan hanya penama
dalam lesen sahaja dibenarkan untuk mendaftar. Pendaftaran dibuka selama 2 jam.
- Pemborong yang telah mendaftar akan diberikan 1 kad pendaftaran dan nombor
cabutan dan dicop dengan nama syarikat.
- Kad ini seterusnya dilipat dan dimasukkan ke dalam tabung undi.
- Selepas proses pendaftaran selesai, proses cabutan undi dimulakan. Pengerusi
Jawatankuasa Audit & Pengurusan Korporat (Ahli Majlis), akan hadir membuat
cabutan pertama. Timbalan Datuk Bandar, wakil audit dalam dan wakil jabatan
turut dijemput hadir.
- Cabutan seterusnya akan dibuat oleh kontraktor-kontraktor yang berjaya sehingga
kerja terakhir.
- Pemborong yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan dikehendaki
mengisi borang maklumat kontraktor untuk tujuan rekod Bahagian Tender &
Kontrak, MBSA.
- Setelah kontraktor yang berjaya lengkap mengisi borang tersebut, satu taklimat
ringkas berkenaan pelaksanaan kerja akan diberikan oleh Jabatan yang berkaitan
sebelum memulakan kerja.
PEMuSATAN BILIK ADuAN MBSA
Bilik Mesyuarat Vanda di Tingkat 1 (Lobi B), wisma MBSA akan dijadikan sebagai
bilik aduan setempat (one-stop), di mana, segala aduan yang diterima oleh MBSA,
akan disalurkan atau dipusatkan ke bilik aduan ini. Penerimaan aduan yang akan
dikendalikan adalah dari pelbagai saluran atau media seperti panggilan telefon,
suratkhabar, e-mel, mahupun saluran laman sosial seperti facebook dan Twitter.
Jendela Dinamik SHAH ALAM | 13