Page 12 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 12
PROgRAM PEMBANguNAN LATIHAN
Strategi pembangunan warga kerja Majlis perlu disejajarkan dengan objektif dan
aspirasi MBSA. Ianya dapat dilaksanakan dengan memastikan setiap kakitangan
mengetahui dan memahami harapan Majlis terhadap semua warga kerjanya; serta
mempunyai kemahiran yang diperlukan dan secara berterusan dalam meningkatkan
kemahiran masing-masing.
Pelan Operasi Latihan (POL) digubal selari dengan matlamat dan Pelan Strategik
Sumber Manusia, untuk menghasilkan warga kerja yang cemerlang dan dinamik.
Setiap tahun, pegawai dan kakitangan mestilah menghadiri sekurang-kurangnya satu
latihan samada dalam bentuk kursus, seminar ataupun bengkel, tidak kurang dari
7 hari berkursus setahun. Setiap pegawai dan kakitangan telah diberi kadar kursus
melalui belanjawan yang telah diluluskan sebanyak RM1 juta, berbanding
RM400 ribu pada tahun sebelum ini. Ia berdasarkan perkiraan 1% daripada
peruntukan emolumen tahun semasa.
Pihak urusetia, Bahagian Latihan dan Kualiti, Jabatan Khidmat Pengurusan MBSA telah
mengeluarkan Kalendar Latihan Tahun 2012. Latihan diberikan adalah meliputi semua
kategori/peringkat perkhidmatan, samada profesional mahupun kumpulan sokongan,
dalam usaha untuk meningkatkan kepakaran dan kemahiran, serta bagi memenuhi
tahap keperluan organisasi dan bidang tugas masing-masing.
PROSES KERJA SECARA TELuS
Prosedur kerja-kerja undi
i) Menerima permohonan dari Jabatan setiap hari Jumaat.
ii) Mengiklankan tawaran undi pada hari Isnin.
iii) Kerja-kerja undi hanya diiklankan jika kerja tersebut melebihi 10 kerja.
iv) Cabutan kerja undi hanya diadakan pada setiap hari Khamis dan masa mengikut
iklan yang tertera di laman web .
v) Hanya pemilik lesen sahaja yang mendaftar.
vi) Pemborong perlu membawa sijil asal dan kad pengenalan ketika mendaftar.
Surat tawaran akan disediakan pada tarikh cabutan undi dan kerja bermula pada hari
berikutnya. Antara kerja-kerja yang terlibat dengan Cabutan undi ini termasuklah,
kerja-kerja awam, elektrikal, lanskap dan pembekalan.