Page 80 - MBSA Maz 2010_H
P. 80
Setelah penat beriadah, jangan ketinggalan
singgah minum petang di gerai yang berada di
tepi tasik sambil menikmati kopi mahupun teh
tarik. Angin yang bertiup dan pemandangan
matahari terbenam, kelihatan jelas di sini.
Langit yang sudah kekuningan tambah
syahdu dengan pemandangan burung-burung
berterbangan pulang ke sarang. Hampir
sepanjang tahun, anda akan menyaksikan
banyak jenis burung yang bermigrasi di sini.
Bagi mereka yang meminati kraftangan,
berkunjunglah ke Laman Budaya Shah Alam
yang terletak bersebelahan Taman Tasik Shah
Alam. Di sini terdapat beberapa kiosk yang
menjual kraftangan hasil kerja tangan sendiri
seperti bakul anyaman dan bunga. Terletak
beberapa meter dari kiosk kraftangan, anak-anak
maupun orang dewasa juga boleh bersantai di
’Rumah Anai-Anai’ yang menyediakan pelbagai
halwa minda untuk dibaca selain dipamerkan
hasil kerjaseni pemiliknya.
Di sekitar Laman Budaya terletaknya Galeri
Shah Alam yang menyediakan ruang-ruang
pameran sama ada untuk pameran lukisan,
fotografi, fabrik dan lain-lain lagi. Selain
ruang dewan tertutup, Galeri Shah Alam juga
mempunyai ruang dewan terbuka yang biasanya
menjadi platfom untuk majlis kesenian, majlis
makan malam ataupun majlis perkahwinan.
Shah Alam mengorak langkah dengan program-
program merakyatkan seni. Biasanya, setiap
hari Sabtu dan Ahad, akan ada sahaja aktiviti
melibatkan pameran senilukis oleh artis
tempatan mahupun antarabangsa termasuklah
penglibatan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam
dan Swasta dalam dan luar negara. Selain itu,
antara aktiviti yang dijalankan ialah program
78