Page 82 - MBSA Maz 2010_H
P. 82
Apa Kata Warga Shah Alam...
“Bandar raya ini mempunyai pelbagai kompleks membeli-belah untuk
kemudahan orang ramai mendapatkan barangan keperluan. Saya
suka membeli-beli belah di sini kerana keadaannya yang tenang dan
selesa. Sambil itu, kawasan rekreasi di sekitar tasik Shah Alam cukup
mendamaikan untuk saya sekeluarga berehat di hujung minggu. Saya
suka landskap di Shah Alam yang bersih dan tersusun.
Apa yang penting, suasana di bandar raya ini selamat dan kadar
jenayahnya juga kurang berbanding bandar lain di negara ini. Saya
juga melihat Shah Alam sebagai bandar yang dilengkapi dengan segala kemudahan
infrastruktur. Tahniah kepada MBSA kerana berjaya mencapai misinya untuk menguruskan
bandar raya Shah Alam agar menjadi bandar raya mampan, sejahtera dan sesuai didiami
semua lapisan masyarakat,”
Punithavathy Kailairajah
Kakitangan syarikat swasta
TAHNIAH dan syabas sempena
Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Bandar Raya
Shah Alam. Semoga kekal menjadi sebuah
bandar raya yang mengekalkan identiti kesenian
dan kebudayaan Melayu, terus masyhur sebagai
ibu negeri kepada negeri termaju di Malaysia.
Saya bersyukur menjadi rakyat Selangor yang menetap di bandar raya Shah
Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor. Shah Alam bandar raya yang
aman dan harmoni, tetap mengekalkan kehijauan sebagai sumber kedamaian.
Terasa tenang dan damai, kurang kesesakan lalu-lintas di samping pelbagai
kemudahan tempat beribadat serta banyak pusat membeli-belah yang
berhampiran dengan kediaman.
Shah Alam juga sebuah bandar yang sentiasa meriah dan menjadi tumpuan rakyat Selangor ketika adanya
sambutan perayaan-perayaan rasmi, acara penting negeri, tidak ketinggalan program bersantai keluarga di
hujung minggu dengan adanya banyak tempat menarik untuk berekreasi seperti Stadium Shah Alam, Masjid
Negeri serta Muzium Seni Islam turut menjadi tumpuan rakyat dari luar Selangor.
Kedudukannya yang strategik menjadikan ia pilihan pelabur, institusi pendidikan terkenal berkualiti IPTA dan
IPTS turut melonjakkan nama bandar raya Shah Alam. Semoga bandar raya Shah Alam akan terus maju jaya,
menjadi kebanggaan rakyat Selangor.
Roslizah Arshad
Kakitangan Yayasan Selangor
80