Page 79 - MBSA Maz 2010_H
P. 79
Dikelilingi pohon menghijau yang menjulang
tinggi, pokok-pokok renek menghiasi laluan
pejalan kaki yang mengelilingi tasik. Landskap
tanah yang beralun menjadikan taman ini tampak
semulajadi dan indah. Fikiran anda pasti menjadi
lapang di sini dengan menikmati pemandangan
indah tasik. Kesegaran udara sekeliling taman
sama sekali tidak akan terjejas walaupun taman
ini berada di pusat bandar raya. Apatah lagi, Shah
Alam dikenali dengan imej Bandar Anggerik,
‘bandar dalam taman’.
Taman Tasik Shah Alam, sebuah taman awam
yang sangat sesuai untuk beriadah, berkelah dan
melapangkan fikiran. Pada setiap hari minggu,
taman ini akan dipenuhi pengunjung. Dengan
kemudahan awam seperti parkir, surau dan
tandas serta keselamatan yang baik, anda tidak
perlu merasa khuatir. Cuma perlu keluar dari
kereta...dan jangan lupa mengunci kenderaan
anda! Sepanjang laluan pejalan kaki, disediakan
banyak bangku yang menghadap tasik atau anda
lebih selesa duduk santai sahaja di atas rumput
karpet yang segar menghijau.

Pengunjung juga berpeluang merasai keseronokan
berkayak, menaiki sampan maupun menaiki bot
pesiaran mengelilingi tasik dengan harga yang
cukup berpatutan. Anak-anaklah yang paling
gembira apabila menaiki bot, lebih-lebih lagi
berpeluang melalui Pulau Merak Putih yang
berada di hujung tasik. Spesis ayam katik dan itik
tasik juga ditempatkan di pulau kecil ini.

Taman ini juga dilengkapi dua taman permainan
khas untuk kanak-kanak bersosial bersama teman-
teman sebaya. Keindahan petang diceriakan lagi
dengan gelak tawa anak-anak. Suasana sebegini
begitu menyenangkan! Bagi mereka yang gemar
bermain catur, taman ini juga dilengkapi beberapa
meja khas untuk bermain catur.












77
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84