Page 75 - MBSA Maz 2010_H
P. 75
sinilah, kedengaran azan Zuhur berkumandang syahdu
dari puncak menara Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah. Saya sekeluarga terus bergegas ke masjid
untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai seorang
mukmin.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan
masjid terbesar dan terunggul di Malaysia juga di Asia
Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan
seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam. Masjid
yang juga dikenali sebagai ‘masjid biru’ di kalangan
pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik
dengan hiasan dalaman yang menakjubkan.

Masjid ini berdiri megah dengan landskapnya yang indah
dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik
Raja Lumu yang memisahkan masjid ini dengan Pusat
Sivik Shah Alam. Masjid Negeri ini melambangkan
kebesaran Islam dan kepentingan agama Islam sebagai
agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000
jemaah pada satu masa, dengan pelbagai kemudahan.

Seterusnya, kami sekeluarga ke Muzium Sultan Alam
Shah yang menyimpan seribu rahsia khazanah dan
artifak Negeri Selangor terutamanya sejarah, salasiah
Kesultanan Selangor, budaya, adat dan istiadat
masyarakat di Selangor. Gedung sejarah ini juga
bertanggungjawab memelihara pelbagai barangan
berharga yang penuh dengan ciri-ciri sejarah. Muzium
ini dibuka kepada orang ramai pada setiap hari, kecuali
hari Isnin.




























Sesungguhnya percutian di sekitar Shah
Alam meninggalkan kenangan yang begitu
mempesonakan. Cuti hujung minggu bagaikan
terlalu pantas berlalu, tidak terasa waktu
untuk meninggalkan Bandar Raya Anggerik
ini telah tiba. Tetapi kami telah berjanji untuk
datang lagi ke sini jika ada kelapangan kerana
masih banyak lagi tempat lokasi pelancongan
yang belum diterokai.


73
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80