Page 24 - MBSA Maz 2010_H
P. 24
DUA PULUH lima tahun lalu, sebaik saja Sultan Selangor yang
memerintah ketika itu, Duli Yang Maha Mulia, Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah (kini Almarhum) kembali dari Jepun, baginda
memerintahkan pegawai kerajaan negeri Selangor mengadap
baginda lalu menitahkan supaya dibina satu taman tasik di Shah
Alam untuk rakyat.
Peristiwa itu berlaku sebaik saja Baginda mengisytiharkan
Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor yang baru pada 7 Disember
1978 bagi menggantikan Kuala Lumpur.
Ilham untuk membina kawasan tasik bagi kegiatan rekreasi
itu muncul sewaktu baginda berkunjung ke Tasik Hakone yang
terletak berhampiran Gunung Fuji. Baginda menitahkan supaya
pegawai kerajaan negeri pula pergi ke Negara Matahari Terbit itu
untuk meninjau tasik berkenaan dan mendapatkan arkitek dari
Jepun yang mampu menghasilkan rekaan landskap luar biasa
untuk rakyat Baginda.
22