Page 19 - MBSA Maz 2010_H
P. 19
Bersempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-10 Datuk
Bandar melahirkan harapannya agar warga Shah Alam
dapat memberikan kerjasama dan sokongan yang padu
dan berterusan untuk menjadikan Shah Alam sebagai
bandar raya yang sejahtera, bestari serta sesuai untuk
didiami dan membina keluarga.
Untuk mencapai hasrat ini, katanya, semua pihak seperti
agensi kerajaan negeri dan persekutuan, badan bukan
kerajaan, institusi pendidikan, persatuan penduduk dan
warga Shah Alam harus berganding bahu dan bergerak
seiring dengan MBSA untuk mencapai wawasan dan
hasrat disasarkan.
“Saya menyeru kepada warga Shah Alam agar mempunyai
rasa kepunyaan “sense of belonging” dan rasa cinta
serta sayang kepada bandar Shah Alam. Apabila ini
dapat diterapkan, maka warga kota Shah Alam akan
menjadi lebih proaktif dan tidak akan melakukan aktiviti
yang boleh mencemar nama bandar seperti melakukan
“vandalisme”, merempit dan sebagainya,” katanya.
Akhirnya, Dato’ Mazalan merakamkan ucapan terima
kasih kepada warga kerja MBSA kerana membantunya
menguruskan bandar raya Shah Alam dan mengajak
mereka bersama-sama memberikan perkhidmatan terbaik
khususnya dari segi mempertingkatkan penyampaian dan
berusaha mencipta inovasi dan sentiasa kreatif dalam
melaksanakan kerja seharian sebagai penjawat awam.
“KOMITMEN DAN DEDIKASI INI PERLU
DITERUSKAN KERANA USAHA UNTUK
MENCAPAI KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN
TIDAK MEMPUNYAI TITIK NOKTAH,”
- Dato’ Mazalan
17