Page 63 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 63
PROgRAM
SHAH ALAM RIVeR AnD TReeS 2011
Setiap bulan Persisiran Sungai Damansara, Seksyen 13
Pokok dan kawasan hijau adalah ‘oksigen’ kepada manusia. Di Shah Alam, 60 peratus dari 290km
persegi keluasannya masih dikekalkan sebagai kawasan hijau. Namun usaha diteruskan dengan
Program “shah alam river and trees For life” yang menjadi tunggak kepada program pemeliharaan
dan mengindahkan persekitaran bandar raya Shah Alam. MBSA mendapat kerjasama yang amat baik
daripada para sukarelawan yang terdiri daripada pelajar pusat pengajian tinggi, badan bukan kerajaan
(NgO) dan syarikat-syarikat korporat.
Sepanjang tahun 2011, program ini berjaya mengumpulkan 2,700 sukarelawaan untuk 8 kali program
di sepanjang tebing Sungai Damansara di Sek 13 dan di Sungai Renggam di Sek 15. Sebanyak 13,093
pokok berjaya ditanam. MBSA turut menerima sumbangan dari syarikat korporat antaranya daripada
pihak Maxis Broadband Sdn Bhd sebanyak RM90,000.00. Sumbangan yang diberikan merupakan
galakan kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam untuk meneruskan aktiviti yang melibatkan
masyarakat dalam aktiviti penjagaan alam sekitar. Program ini diteruskan untuk tahun 2012 dengan
sasaran tanaman 50,000 batang pokok.
Jendela Dinamik SHAH ALAM | 63