Page 56 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 56
PENAIKTARAfAN
STADIUM UTAMA SHAH ALAM 2012
29 Februari 2012
SHAH ALAM 29 FeB: Setelah tiga bulan ditutup
untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan naik
taraf, Stadium Shah Alam sedia dibuka bermula
April ini. Menurut Datuk Bandar Majlis Bandaraya
Shah Alam (MBSA), Datuk Mohd Jaafar Mohd
Atan, stadium yang mula ditutup awal Disember
tahun lalu kini berada di fasa terakhir kerja-kerja
penyelenggaraan dan menaiktaraf yang menelan
kos RM3.4 juta.
“Ada beberapa kerja utama dan antara yang
ditumpukan adalah berkaitan padang dan
rumput dimana harapan kita jangkakan ia sedia
digunakan sebelum 6hb April. Rumput yang
kita gunakan kali ini adalah jenis rumput lembut
pantai yang kini sedang proses dipotong, dirawat
dan dibaja serta disiram bagi hasil terbaik,” jelas
Mohd Jaafar.
Selain padang dan rumput, fokus
penyelenggaraan kali ini juga tertumpu kepada
usaha memperbaiki bumbung yang rosak,
penggantian kabel dan mentol lampu, menaik
taraf bilik persalinan, bilik air, tangga, kerusi
dan juga sistem bunyi. Mohd Jaafar turut
memberitahu segala kerja-kerja hampir 100 peratus selesai melainkan kerja
pemasangan lampu yang baru mencapai 70 peratus memandangkan lampu
yang akan diguna diimport dari Jerman.
“Bagaimanapun kerja-kerja pemasangan lampu ini akan siap sebelum 23hb
Mac untuk proses ‘commissioning’ bagi menjamin kelancaran permainan
yang akan diadakan di stadium ini,” ujar Mohd Jaafar.
Dalam pada itu, Mohd Jaafar turut mengumumkan perlawanan pertama
yang bakal berlangsung merasmikan wajah baru stadium adalah
perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor dan Terengganu pada 7hb
April nanti. Selain Mohd Jaafar, turut serta dalam lawatan tersebut, Penolong
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (fAM), Datuk Ahmad fuad
Jaafar, Pengerusi Jawatankuasa Tiket fAM, Datuk S. Sivasundaram dan juga
ahli-ahli majlis MBSA.