Page 188 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 188
BuKu STANDARD PLAN (SP)


KeLULUSAn 1 HARI UnTUK 2012


TAMBAHAn PInDAAn


RUMAH TeReS “InTeRMeDIATe”


27 Januari 2012 galeri MBSA






Bagi mengelakkan pengubahsuaian
binaan sementara/tambahan yang tidak
mengikut piawaian yang ditetapkan, MBSA
memperkenalkan buku pelan setara (standard
plan) untuk memudahkan orang ramai mengikut
piawaian pengubahsuaian yang betul dan dapat
kelulusan Majlis.

Buku pelan setara ini boleh didapati di Jabatan
Bangunan, MBSA dengan harga RM50 sahaja.
Dengan adanya buku pelan setara ini, mampu
mempercepatkan proses kelulusan kerja-kerja
tambahan atau pindaan rumah, dengan lebih
mudah, cepat dan selesa.

Orang ramai juga tidak perlu lagi melantik
perunding untuk menyediakan pelan bagi
kerja-kerja tambahan atau pindaan yang
memerlukan kos perkhidmatan rundingan
yang tinggi. Dengan menerapkan nilai-nilai
yang berkonsepkan mudah, jimat dan cepat
kelulusan untuk kerja-kerja tambahan ini boleh
dibuat dalam masa satu (1) hari sahaja sekiranya
pemohon mengemukakan dokumen-dokumen
yang lengkap seperti salinan perjanjian jual beli
(S&P), salinan bil atau resit cukai taksiran, salinan
kad pengenalan dan sebagainya.
   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192   193