Page 131 - JENDELA DINAMIK SHAH ALAM 2
P. 131
LAwATAN


BAZAAR RAMADHAn 2011



3 Ogos 2011 Tapak Bazar Ramadhan,

TLK Stadium, Seksyen 13, Shah Alam












































Bazar Ramadhan amat sinonim apabila tibanya bulan Ramadhan. Ia amat
dinantikan kerana faktor kesibukan warga Shah Alam yang mencari rezeki.
Ada yang bekerja di sekitar Lembah Klang yang tidak memungkinkan
mereka kembali ke kediaman untuk menyediakan juadah berbuka.


Bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai menu menjadi pilihan
warga. Dato’ Hj. Mohd Jaafar Hj. Mohd Atan mengambil kesempatan
mengunjungi Bazar di Seksyen 13 bagi memastikan penjaja
mengutamakan kebersihan semasa penyediaan makanan dan minuman.
Edaran apron dan topi secara percuma kepada para peniaga Bazar
Ramadhan terpilih menjadi tradisi di MBSA. Bazar Ramadhan
di Seksyen 13 ini merupakan bazar terbesar di Shah Alam.


Mula beroperasi pada tahun 2000 dengan
menawarkan lebih daripada 300 petak perniagaan.




Jendela Dinamik SHAH ALAM | 131
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136