Page 89 - MBSA Maz 2010_H
P. 89
Dewan Bankuet MBSA



Sehingga ke hari ini, rakan-rakan masih kerap
mengunjungi rumah kami untuk mengimbas
kenangan silam sewaktu menuntut di universiti
dahulu. Walaupun masing-masing sudah
mempunyai karier, hubungan dengan rakan-
rakan masih seperti dahulu. Bandar raya Shah
Alam adalah tempat utama kami berjumpa
semula kerana ia terletak di tengah-tengah antara
bandar lain dan Kuala Lumpur. Sebab lain Shah
Alam menjadi pilihan adalah kerana suasananya
yang tidak terlalu sibuk berbanding pusat bandar
raya lain.

Sepanjang alam perkahwinan, banyak juga
kenangan yang kami tidak dapat lupakan.
Antaranya, kami berdua nyaris-nyaris ditangkap
berkhalwat di kawasan tasik, iaitu berhampiran
Restoran Antan Batura, Seksyen 2, berhadapan
bangunan SIRIM. Mujurlah masing-masing
membawa kad nikah yang dibekalkan Jabatan
Agama Islam Selangor. Dari sudut positifnya,
ia membuktikan pihak berkuasa tempatan
menjalankan usaha untuk membanteras
aktiviti tidak bermoral di kawasan Shah Alam,
untuk memelihara nilai-niali murni dan
keharmoniannya.













87
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94