Page 64 - MBSA Maz 2010_H
P. 64
“Rambutan!” tiba-tiba terpacul cadangan dari mulut seorang peserta. Namun seorang peserta lain bingkas
dan lantang menyuarakan pandangan berbeza “Pokok mangga!” ujarnya. Seramai kira-kira 40 peserta
kursus di dalam dewan seminar MPSA (sekarang MBSA) berpandangan sesama sendiri.
“Apa kata tanam manggis?” yang lain bangun pula menyuarakan pandangan. Pengerusi mulai tersenyum.
Mungkin fikirannya ketika itu berkecamuk. Mungkin juga fikirnya, segala macam pokok termasuk epal,
anggur atau buah lai boleh terpacul dari mulut kesemua peserta. Pengerusi cuba mengubah topik, namun
belum sempat beliau memintas keadaan, peserta pertama dan kedua bangun semula.
“Tanam rambutanlah! Senang nak jaga!” peserta pertama mempertahankan cadangannya apabila menyedari
ideanya tidak mendapat sokongan. Namun peserta kedua tidak mahu mengalah. Dia menyanggah cadangan
pokok rambutan itu dengan alasan daun rambutan mudah ditiup angin dan akan menyebabkan jalan raya
penuh sampah. Sepantas kilat alasan itu disanggah. “Pokok mangga pun sama. Daunnya banyak. Jalan
nanti penuh sampah juga!”
Pertikaman lidah berterusan. Ada peserta yang lain mulai masuk campur meluahkan pandangan. “Soal
kebersihan tak jadi masalah. Ada pekerja akan membersihkannya. Yang penting bahu jalan mesti ditanam
pokok supaya redup”.
Akhirnya pengerusi terpaksa meminta cadangan dihentikan demi menjimatkan masa. Kehangatan
pertikaman lidah mulai kendur dan ia berganti gelak dan tawa. Memang seronok ketika itu mendengar
perbahasan peserta mempertahankan idea masing-masing. Seorang mencadangkan pokok rambutan,
seorang lagi pokok mangga, manakala seorang
lagi pokok manggis. Mula-mula mereka
mencadang, kemudian saling menyanggah.
Malah ada juga suara nakal yang menentang
cadangan itu dengan alasan kadar kemalangan Menerjah
jalan raya di Shah Alam akan meningkat.
Semuanya kerana gara-gara penduduknya akan
berebut buah-buahan kalau pokok-pokok jenis
itu ditanam di bahu jalan. Ini semua membuat Ingatan
peserta lain yang hadir tak kering gusi.
Oleh: Hamid Karim
Insiden seumpama ini mungkin biasa dalam mana-mana kursus. Namun
bagi saya ia satu memori yang mempunyai nilai sentimental. Ia berlaku
pada tahun 1988 ketika berlangsung seminar perancangan bandar
anjuran Institut Teknologi Mara (sekarang UiTM) dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Shah Alam. Topik hangat ketika itu adalah untuk mencari
idea menentukan jenis pokok yang sesuai ditanam di bahu jalan sebagai
salah satu kaedah penghijauan bandar.
Kami juga tergelak apabila seorang peserta mewakili Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur (DBKL) dalam kursus itu bergurau memberitahu ada
baiknya ditanam sayur-sayuran kalau pokok-pokok lain tidak dapat
diterima. Sekurang-kurangnya kata peserta terbabit, ia akan menjadi salah
satu khidmat sosial Shah Alam kepada warga bandarnya dengan memberi
sayur-sayuran secara percuma.
Antara penceramah yang diberi tugas mengendalikan kursus itu ialah Prof
Dr Ibrahim Katob dan Prof Dr Dasimah Omar, yang ketika itu masing-
masing merupakan pensyarah di UiTM.
62