Page 56 - MBSA Maz 2010_H
P. 56
Pelancongan
Sebagai ibu negeri Selangor, Shah Alam memainkan peranan penting dalam
menggalakkan industri pelancongan di seluruh negeri, MBSA juga tidak
ketinggalan mempergiatkan usaha menggalak dan mendorong sektor pelancongan
di Shah Alam. Usaha ini dilakukan dengan cara meningkatkan mutu perkhidmatan
dan kemudahan, serta keperluan bagi pelancong seperti kemudahan tempat
penginapan, promosi acara dan aktiviti sepanjang tahun.
Antara lokasi yang sering menjadi tumpuan bagi pelancong ke Shah Alam
ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang lebih dikenali sebagai
Masjid Biru, juga salah sebuah bangunan paling mengagumkan di negara
ini. Bangunan ini mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong
menghampiri masjid ini, mereka dapat melihat kubah birunya yang besar.
Bahagian bibir kubah serta ruang dewan sembahyang utama dipenuhi hiasan
seni kaligrafi Islam manakala seni bina ruang dalaman pula mempamerkan
ciri-ciri reka bentuk etnik Melayu. Di luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian
Islam iaitu sebuah taman yang menarik dengan landskap indah ibarat sebuah
syurga yang diilhamkan dari Al-Quran. Kawasannya merangkumi keluasan
14 hektar dan mengandungi sembilan galeri pameran yang mempamerkan
koleksi hasil kesenian Islam seperti hasil seni khat, ukiran, lukisan dan seni
bina. Pada satu-satu masa, terdapat pertunjukan kesenian Islam diadakan
di sini.
54