Page 46 - MBSA Maz 2010_H
P. 46
Pendidikan Tinggi




Di peringkat pengajian tinggi pula, tersergam megah Institut Teknologi Mara (ITM) yang amat sinonim
dengan Shah Alam. ITM yang dinaik taraf pada tahun 1999 sebagai sebuah universiti dikenali sebagai
Universiti Teknologi Mara (UiTM). ITM yang ditubuhkan pada tahun 1966) terletak dekat dengan
pusat Bandar Shah Alam. Keseluruhan kawasan universiti merangkumi keseluruhan seksyen yang
terletak di barat bukit bandaraya yang dikenali sebagai Seksyen 1. UiTM kini mempunyai seramai
30,000 pelajar sepenuh masa dan 20,000 pelajar separuh masa. Ia juga berfungsi sebagai tempat
pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke luar negara. Di Seksyen 17 pula, terdapat satu cawangan
kampus UiTM yang dikenali sebagai Pusat Pengajian Kebangsaan (INTEC).


Menyedari kesesuaian Shah Alam sebagai bandrar raya berpotensi, terdapat juga institusi pengajian
tinggi yang lain di Shah Alam termasuklah Universiti Industri Selangor, Management and Science
University (MSU) dan Kolej PTPL. Shah Alam juga mempunyai beberapa pusat pengajian yang
berkaitan dengan industri yang dikenali sebagai Politeknik Shah Alam atau Politeknik Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Di peringkat pendidikan profesional pula, terdapat Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan
(CIAST) bagi melatih kakitangan teknikal yang pakar dalam bidang masing-masing. Pusat pendidikan
ini memberi perkhidmatan kepada pelbagai industri yang ada di Shah Alam.






44
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51