Page 38 - MBSA Maz 2010_H
P. 38
Pengiktirafan




Shah Alam


SEBAGAI BANDAR RAYA


Kepesatan pembangunan dan kepentingan yang semakin
ketara membawa kepada kenaikan taraf Shah Alam daripada

perbandaran kepada bandaraya. Upacara gilang gemilang

peristytiharan itu berlangsung penuh kemeriahan dengan
mengekalkan adat istiadat Melayu di Dataran Shah Alam

pada 10 Oktober 2000.























Upacara penuh bersejarah yang diraikan dengan rasa bangga
oleh seluruh warga Shah Alam itu menyaksikan Y.Bhg Dato’
Haji Abu Sujak Haji Mahmud dilantik sebagai Datuk Bandar
yang pertama.
Dengan peristytiharan ini , Shah Alam menjadi bandar raya ke 7 di
Malaysia. Enam (6) lagi bandar raya ialah :
• Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
• Dewan Bandaraya Kuching Utara
• Majlis Bandaraya Kuching Selatan
• Majlis Bandaraya Johor Bharu
• Majlis Bandaraya ipoh
• Majlis Bandaraya Kota Kinabalu


Pemberian taraf bandar raya kepada Shah Alam adalah berdasarkan
penyesuaian kriteria utama yang ditetapkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Antara kriteria utama yang
ditetapkan adalah:
• Menjadi bandar ibu negeri
• Mempunyai jumlah penduduk melebihi 400,000 orang
• Menjadi pusat pentadbiran perniagaan dan perdagangan
• Jumlah pendapatan tahunan melebihi RM100 juta




36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43