Page 117 - MBSA Maz 2010_H
P. 117
Apa Kata Warga Shah Alam...
ALHAMDULILLAH SEBAGAI ANAK JATI
SHAH ALAM YANG DILAHIRKAN DAN
DIBESARKAN DI BANDAR RAYA INI,
SAYA GEMBIRA MENYAKSIKAN
PERKEMBANGAN BANDAR ANGGERIK INI
YANG SAYA ANGGAP SEIRING DENGAN
USIA SAYA.
Saya membesar bersama Shah Alam. Bagi saya, Shah Alam kini
sudah mencapai usia kematangan, maksudnya sudah mencapai
tahap kemajuan dan pembangunan yang sepatutnya. Namun, ia
tidak terhenti di situ. Shah Alam masih giat menjalani pemodenan dan pembangunannya. Shah Alam sudah
mencapai status bandar raya moden, dan kini sedang menuju ke arah bandar raya maju alaf baru.
Segala kemudahan sudah ada di sini, baik kompleks membeli-belah yang memenuhi segala keperluan
warganya, pusat hiburan untuk bersantai bersama keluarga dan rakan, hotel bertaraf antarabangsa, premis
makanan pelbagai cita rasa, restoran terkemuka dan pusat rekreasi. Pokoknya, macam-macam ada di Shah
Alam. Bagi saya, pembangunan yang ada tidak akan berjalan dengan lancar dan sistematik tanpa pentadbiran
dan pengurusan yang cekap. MBSA ternyata berjaya melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya sebagai
pihak berkuasa tempatan yang terbaik di antara yang terbaik.
Balkis Najat
Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor
“SESIAPA saja yang melalui Lebuhraya Persekutuan dari
Kuala Lumpur ke Shah Alam atau Klang ke Kuala Lumpur
akan melihat bangunan Management & Science University
(MSU) yang tersergam indah.
Malah, kampus MSU boleh dianggap mercu tanda baru di Shah Alam dan
kini semakin dikenali ramai. Berikutan pembukaan kampus baru yang
mula beroperasi Jun lalu, MSU akan meningkatkan pengambilan pelajar
sehingga 10,000 orang secara berperingkat berbanding 6,500 sekarang.
Kampus yang serba lengkap ini dengan pelbagai kemudahan menjadi
kebanggaan kepada warga MSU. Selain itu, pembinaan hospital, hotel
dan kolej kediaman untuk pelajar dijalankan dalam fasa kedua dan dijangka
siap sepenuhnya pada 2012. Selepas Kolej PTPL, kita memilih untuk mendirikan kampus di
Shah Alam kerana kedudukan yang selesa dan kondusif, sesuai sebagai bandar ilmu. Saya percaya,
pelajar yang belajar di sini membuat pilihan tepat kerana memilih MSU yang terletak di sebuah
bandar raya yang maju, terancang dan indah.
Presiden MSU
Prof. Datuk Wira Mohd Shukri Ab Yajid
115