Page 11 - MBSA Maz 2010_H
P. 11
Bandar raya ini kini menjadi tumpuan pelbagai pihak. Jika dulu Shah Alam hanya dihuni oleh pekerja industri
dan pelajar ITM (sekarang UiTM), sehingga ada gurauan yang mengatakan lebih ramai orang Jepun (kerana
banyak kilang dari Jepun beroperasi di Shah Alam) dari rakyat tempatan pada waktu itu, namun kini keadaan
jauh berbeza. Rakyat Malaysia yang rajin dan sentiasa memandang ke hadapan pantas mengambil-alih dengan
pembangunan pejabat korporat, pasar raya, perdagangan, taman-taman perumahan dan sebagainya, memberi
keselesaan dan mewarnai kehidupan masyarakat Shah Alam.
Dengan kepadatan penduduk seramai melebihi 600,000 dan jumlah pegangan harta sehingga Oktober 2010
sebanyak 177,923, Shah Alam akan terus terpahat di hati penghuninya kerana keunikan senibina, keindahan dan
kehijauan pemandangan yang akan terus dipertahankan. Ayuh! Warga Shah Alam, tunjukkan rasa cinta anda
dengan memelihara kebersihan dan alam sekitar agar bandar raya ini menjadi pilihan anak cucu serta generasi
akan datang.
9